Wednesday, January 21, 2009

Perbualan

Perbualan Dengan Cikgu...

Klik di sini


Letter A,B and C




Pyzam Glitter Text Maker

Pyzam Glitter Text Maker


Pyzam Glitter Text Maker


Pyzam Glitter Text Maker


Wednesday, January 7, 2009

hai........



TekNik Bercerita DaLAm PerkEmBaNgAn EmOsi Kanak-KanAk PrASeKoLah

Bercerita membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan mereka secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita semula setelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan.

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak seronok apabila mereka dilibatkan apabila guru bercerita. Tindakan guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat dan perasaan mereka secara lisan secara tidak langsung merangsang kanak-kanak melahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kanak-kanak juga dapat dilatih menyampaikan maklumat dengan berkesan dan bersahaja. Hal ini membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih berkesan. Dengan itu, kemahiran berbahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.Selain itu, keyakinan diri kanak-kanak dapat ditingkatkan serta bakat kanak-kanak dapat dicungkil apabila bercakap di hadapan kelas.

Perkara yang perlu difikirkan oleh guru sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita bersama kanak-kanak antaranya ialah menyediakan alat bantu yang sesuai. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambar binatang, pemandangan atau apa-apa yang berkaitan dengan cerita yang boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat.Warna-warni gambar menjadi pelengkap kepada penceritaan yang menarik. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar selari dengan arus kemodenan dewasa ini. Contohnya guru boleh memperlihatkan kepada kanak-kanak gambar-gambar slaid menerusi OHP atau ‘Power Point’ komputer. Kemudian kanak-kanak diminta untuk memerhati gambar-gambar slaid yang ditayangkan seterusnya mengikuti cerita yang akan diperlihatkan dari slaid tadi. Menerusi slaid kanak-kanak dapat mengikuti urutan atau jalan cerita dengan mudah dan cerita itu akan tampak lebih menarik dan menyeronokkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gambar yang dibawa oleh guru juga boleh digunapakai dalam sesi bercerita, namun jika guru menggunakan sesuatu yang belum kanak-kanak alami seperti bercerita menggunakan OHP atau ‘Power Point’ komputer, akan membuatkan kanak-kanak teruja dan merangsang naluri ingin tahu mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang cerita yang ingin disampaikan oleh guru.